Miracle Two Way Cake Powder with Organic Marula Oil

Miracle Two Way Cake Powder with Organic Marula Oil








✔Ia sejenis bedak padat yang dilengkapi foundation.

✔Bedak ni boleh digunakan dengan dua cara, menggunakan span kering atau basah, sebab itu ia dinamakan two way.

✔Untuk nampak lebih tebal dan lebih coverage, basahkan sponge dan tepek bedak di muka.

✔Untuk nampak ringan, pakai dengan sponge kering sahaja.

✔Bedak ini cukup tahan lama dipakai seharian sehingga tidak perlu selalu touch-up.

✔Nak lagi flawless, boleh pakai loose powder lepas tu sekiranya menggunakan span basah.

✔Kalau guna span kering, two way cake ni tak perlu lagi loose powder dah ok👍






Continue Reading...

Handbag Raya Kakak

Alkisah handbag si kakak ni, mula-mula tak bercadang nak beli pun. Dia tengok, lepas tu letak balik. Pastu dia tengok mama, mama cakap, "Mahal la kakak. Beg silang awak kan dah ada kat rumah." Dia senyap je.

Pastu jalan la pusing2 beli barang lain. Tiba2 dia mintak lagi nak beli beg tu. Mama sebenarnya bawak duit ciput je, tak bajet pun nak shopping lebih2, teman opah cu je. Tapi tak sampai hati plak, dia mintak banyak kali tu memang nak sangat la tu. Mama pun rasa beg tu lawa gilerr..hehe...

Nasib la ada duit dalam akaun, boleh la bayar guna debit card. Belanja la juga kakak beli beg ni, lagipun mama bisnes untuk anak-anak jugak kan. Duit boleh dicari, janji anak2 hepi. Balik  rumah siap pakai terus beg dengan baju gaun dia. Hihihi...

Ni asyik mintak kasut tumit tinggi gambar Frozen pulak. Minat benor dengan kartun tu. Agaknya dia rasa sama dengan dia kot, dua beradik perempuan. 😁

Nak kasut tinggi yg tak tahan tu. Pandai nak bergaya dah anak dara sorang ni. Tunggu la ek, nanti dah beli kita update gambor lagi. Gambor kasut plak. 😝

Anak oh anak...

Siapa ada anak dara macam ni jugak?  😁

Continue Reading...

Main Gelongsor Kat Mc D

Semalam (24 Sept 2018) ada 3 parcel nak kena pos. Motor pula takde, jadi terpaksa la pergi pos sendiri. Naik Grab pergi ke pejabat pos Chemor. Tambang Grab RM4 nak ke pekan daripada rumah.

Hobi dia la tu sumbat jari dalam mulut

Muka masam gaduh apa ntah dengan adik


Kejap je pos barang sebab dah siap semua print consignment note daripada website Matdespatch. Orang pun tak ramai, ambil nombor kejap je tunggu dah kena panggil nombor. Just bagi je borang kontrak dengan consignment note yang origin copy, lepas tu bagi je parcel. Dah setel. 😊

Keluar pejabat pos, terus menyeberang jalan pergi bus stop. Tunggu bas nak ke Klebang. Tambang bas RM1 je untuk dewasa. Budak dia tak kira pun. Bukan main hairan muka Afiqah naik bas. Haha. Ni kali kedua bawa dia naik bas rasanya bulan ni.






Kat atas ni gambar tengah tunggu bas. Sempat lagi kan bergambor. Haha. Lambat pula bas datang. Apa lagiii...

Kat bawah ni gambar kat dalam bas. Naik bas pun nak tangkap gambar kan. Lantak la, bukan selalu bawak diorang naik bas. 😁





Muka hairan tengok tempat pegang kat ats tu goyang-goyang


Nasib bus stop depan Maybank je. So, pergi Maybank jap, tanya cara nak buka akaun semasa untuk syarikat. Yang kisah ni nanti korang baca dekat blog lagi satu ye. Hehe. Link ada kat tepi blog ni. Saya cerita sikit untuk yang baru first time nak buka akaun semasa untuk syarikat macam saya.

Dipendekkan cerita, sampai la ke Mc D. Beli Happy Meal untuk anak-anak, aiskrim satu sorang, lepas tu bawak main dekat gelongsor kat dalam tu. Takde orang pun main kat situ. Haha. Elok la, sebab diorang ni pemalu sikit. Ada orang je terus tak nak main dah. Sabo je la.




Ni video saya buat live fb. Hehe. Seronok la diorang main, seperti dunia ini mereka yang punya. Mentang-mentang takde orang kan. Puas hati la tu dapat main tanpa gangguan. Saya suka tempat main dekat Mc D ni sebab dekat dinding pun ada macam kusyen tu, so kalau budak terlanggar pun memang tak sakit la. Mama dia pun sedap la sandar kat situ. Hahaha.

Kat bawah ni gambar yang sempat saya ambil masa diorang tengah main. Saja suka-suka, sambil tunggu diorang puas main, selfie la, apa lagiiii...



Hadiah Happy Meal




Ok la, cukup la tu membebel. Till next time ok. Nanti kita cerita lagi apa yang best.




Continue Reading...

Keberanian Nor Afiqah yang Buat Saya Kagum

Hai semua, kali ni nak share video anak saya Nor Afiqah main gelongsor di Mydin Mall Meru Ipoh. Mungkin bagi mak mak kat luar sana ia adalah perkara biasa, biasa la kan budak-budak main gelongsor je pun.

Tapi bagi saya, ada terselit pengajaran dan kekuatan yang saya dapat belajar daripada anak saya yang seorang ini. Saya kagum dengan keberaniannya. Mana tak nya, dia boleh main gelongsor tu tanpa henti walaupun tangganya sangat curam, gelongsor tu pun curam, sampaikan dia tergolek ke tepi. Dia boleh rilek je. Hehe. Siap sambung main lagi.



Paling best lagi, dia siap marah kakak dan abang yang main kat situ sebab diorang main ganas sangat lari-lari. Hahaha. Garang tau dia.


Kenapa saya kagum, sebab Afiqah ni masa baby, dia berjuang melawan eczema. Jadi, kebanyakan masanya asyik menangis je. Tak puas tengok dia bermain sebab terpaksa menahan gatal. Bila tengok dia main dengan bersungguh-sungguh tu memang rasa kagum la.


Syukur alhamdulillah dia dah makin ceria dan aktif. 😊


Continue Reading...

Cara Paling MUDAH Cuci Cermin

Saya nak kongsi satu cara MUDAH nak cuci cermin kat rumah korang. Bahannya mudah je nak didapati, especially untuk ibu-ibu yang ade bayi kat rumah. Korang cuma perlukan WET TISSUE, atau nama lainnya BABY WIPES. 😁

Ha, apa lagi, ambil la sehelai, lepas tu boleh dah cuci cermin tu. Caranya, tenyeh la kat cermin korang secara menyeluruh. Pastikan lap tu sampai kering baby wipes yang korang guna tu. Confirm bersih berseri berkilat punya cermin korang.😍

Kalau nak cuci cermin sliding door pun boleh juga. Biasanya saya guna sehelai je dah cukup untuk cuci 1 pintu tu. Paling penting cuci sampai baby wipes tu kering, sebab kalau dibiarkan basah-basah tu nanti ia akan jadi comot dan lebih kotor. 😅



Siapa dah cuba boleh la share feedback di bawah. 😁
Continue Reading...

Jalan-jalan Beli Hadiah Birthday Nor Afiqah

Hai semua, hari ni nak cerita sikit kisah malam tadi, pergi Aeon Mall Klebang Ipoh bawak anak jalan-jalan je, niat nak belikan hadiah birthday untuk Afiqah. 😊 Lepas asar keluar rumah. Pergi kedai buku Popular kat dalam tu, beli Payment Voucher untuk bisnes, baru nak berjinak-jinak dengan proper documentation untuk bisnes, nak belajar simpan rekod bisnes dengan betul. Lepas tu beli fail L Shape tu, warna pink la of course, walaupun warna tak berapa pink sangat. Hehe. Senang nak asingkan setiap order customer dalam setiap fail tu nanti. 😊


Lepas tu pergi beli roti dekat ground floor, kebanyakan dah habis dah roti, sebab dah lewat petang kan, dah nak maghrib dah time tu. So, beli je la roti hotdog yang anak-anak suka makan. Lepas tu si kakak nak pizza pula. Beli la satu slice je, tu pun RM4.50 satu.

Bawa roti pergi taman permainan kat luar bangunan tu, walaupun takde bumbung, tapi tak panas la, sebab dah nak maghrib time tu. Makan roti dulu, lepas tu baru main. 😊

Lepas tu pergi KAISON nak beli hadiah birthday Afiqah. Mama belikan bantal warna pink untuk dia. Nak beli bear takde yang berkenan. Lagipun banyak dah bear kat rumah. Hihi. Seronok dia dapat bantal, lepas ni tak payah berebut dengan kakak dah.

Dipendekkan cerita, on the way nak balik nak pergi kat kereta, si Afiqah nampak la kereta permainan yang boleh naik tu, kena beli token nak main tu. Dia cakap "ik" (naik) sambil tunjuk kereta tu. Pandai dah minta sejak pandai cakap sikit-sikit ni. Hehe.

Mama pun beli la satu token. Seringgit je satu. Sekali kereta tu bergerak je dia takut. Haha. Masa tak gerak elok je main pusing-pusing stereng tu. Agaknya dia nak duduk je main-main. Saja nak seronok je dapat main stereng pun. Kat bawah ni video dia dengan muka takutnya. 😁



Lepas solat maghrib, kami pun balik la rumah. Pergi naik kereta opah cu diorang, adik ipar saya yang drive. Adik dengan adik ipar dengan anak diorang baru sampai dari kl. Sepupu dengan anak buah pun ikut sekali. 8 orang satu kereta. Hihi. Doakan saya dapat kumpul duit untuk beli kereta tahun depan ye. 😊😊😊




Continue Reading...

"PAPA" On Her 2nd Birthday

Selamat Hari Jadi yang ke-2 kepada Nor Afiqah bt Nor Afendi. Mama sayang awak. Semoga awak jadi anak yang solehah yang mendoakan mama dan papa, jadi anak yang mendirikan solat dan mengutamakan Allah dalam segala hal. Amin.😊



Tadi dia main dengan kakak, terjumpa gambar arwah papa dia. Lepas tu dia bawa gambar tu tunjuk kat mama, sambil cakap, "Papa". Kesian anak mama, tak pernah jumpa arwah papa sejak lahir. Semoga awak dapat jumpa papa di syurga nanti sayang. Amin.

Ni video yang sempat mama rakam tadi. 😊




Terima kasih juga kepada semua yang bagi ucapan hari jadi untuk Nor Afiqah hari ni. Semoga Allah membalas dengan kebaikan untuk anda semua. 😍

Continue Reading...

Popular Posts

Popular Posts

Popular Posts

© Copyright 2013. Syuhada Ariffin. All Rights Reserved. -- Designed by: www.Blogtipz.Net -- Powered by the Blogger